Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Para penggubal undang-undang daripada parti pemerintah di negeri Rakhine, Myanmar enggan menemui wakil khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang kini berada di negara tersebut untuk menyiasat operasi ganas tentera ke atas umat Islam Rohingya.
Yanghee Lee, wakil khas PBB yang tiba di Myanmar pada awal minggu ini dijangkakan akan mengadakan dialog dengan para anggota Parti Kebangsaan Arakan (ANP) di ibu negeri, Sittwe.
Timbalan presiden parti, Khine Pyi Soe berkata bahawa mereka tidak merancang untuk menerima pelawaan wakil khas PBB itu untuk berdialog. "Saya tidak fikir pertemuan itu penting," katanya.
Lee dijadualkan akan melawat ke utara Rakhine pada hari Sabtu. Kawasan tersebut sudah berada di bawah kepungan pihak tentera sejak Oktober tahun lepas. Tindakan keras kerajaan bermula apabila sekumpulan pengawal sempadan Myanmar diserang pada 9 Oktober 2016 sekaligus menyebabkan 9 orang anggota polis terbunuh. Pihak kerajaan menuduh puak Rohingya bertanggungjawab ke atas serangan itu dan kemudiannya menutup akses media serta bantuan kemanusiaan ke kawasan tersebut.
Terdapat laporan yang menunjukkan bahawa 400 orang telah terbunuh setakat ini. Di sampung itu, lebih daripada 2500 buah rumah, masjid dan sekolah telah musnah akibat daripada keganasan tersebut. 3 buah kampung juga dikatakan telah musnah sama sekali.
13 Januari 2017 - 16:35
News ID: 804677
Para penggubal undang-undang daripada parti pemerintah di negeri Rakhine, Myanmar enggan menemui wakil khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang kini berada di negara tersebut untuk menyiasat operasi ganas tentera ke atas umat Islam Rohingya.